Thursday 30 May 2013

Pesanan Penaja ....

Selepas baca nota di bawah, JOm Uji Kefahaman Anda!


Get Your Own Quiz!, More Quizzes

Cara-cara menghindari Tabiat buruk (Bad Habit)







Kita perlu sedar bahawa beberapa tabiat buruk boleh memudaratkan proses kehidupan manusia.
Antara tabiat buruk yang dikenalpasti ialah merokok, mengambil dadah dan meminum minuman keras.
Cara-cara menghindari tabiat buruk ialah dengan
1.      Jangan terima tawaran dadah, minuman beralkohol atau rokok



2.      Lakukan  aktiviti yang menyihatkan


3.      Menyertai pelbagai kempen





Langkah-langkah mengatasi Penyalahgunaan DADAH

1.      Kempen
·         kempen harus diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta

2.      Gaya hidup yang sihat
·         Mengelakkan kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri   sendiri
·         berehat daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan
 tubuh  badan ( elak pengambilan dadah)
·         melakukan senaman ringan
·         sentiasa berfikiran positif
·         menjaga kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing

3.      Pendidikan
·         Skim Lencana Antidadah
·         Ceramah dan Pameran antidadah
·         Kaunseling kelompok dan individu
·         Seminar Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
·         Program Motivasi

4.      Media massa
·         Menyalurkan maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelenggu oleh dadah dipaparkan di majalah bagi memupuk kesedaran orang ramai.

·         Beri sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,PENGASIH)

Kesan DADAH




Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah ,jenayah serta penipu.
~Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan memahami mereka dan memandang serong terhadap mereka .
~oleh itu, penagih dadah akan mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan perasaan mereka atau mencari keseronokan dari dadah tersebut .

Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
~Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada dalam dunia yang tidak wujud .


Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .
~Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah menjadi lebih kurus hari demi hari .
~Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah. Bulatan hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi hari .


Berubah menjadi panas baran ,pengsan

~Dadah akan mengubah sikap penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam badan penagih dadah menjadi lebih cepat .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah.



Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .

Apakah itu DADAH?



Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan. Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka 

Penyalahgunaan Dadah



Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan. Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu terganggu.Penagih dadah lebih cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku dalam diri atau masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri mereka dalam situasi yang berbahaya.

Tuesday 28 May 2013

Kesan Pengambilan minuman alkohol atau minuman keras

Alkohol atau arak bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Antara kesan dan akibat pengambilan alkohol ialah:
1.      jenayah dan keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain berpunca dari gejala arak.
2.      menjadikan seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul dan tidak boleh membuka pintu.
3.      keracunan alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.
4.      sakit kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar selama 8 – 12 .
5.      sakit jantung, hati atau penyakit dalam perut.
6.      sakit jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk,
7.      kemalangan,
8.      pembunuhan dan pembunuhan diri.

Thursday 16 May 2013

Akibat Merokok....


Amati video ini. Sila senaraikan penyakit dan kesan merokok daripada video ini.

Faedah Berhenti Merokok



- Hidup lebih lama

- Dapat menghindari racun

- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok

- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak

- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat

- Meningkatkan deria rasa dan bau

- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar

- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk 

   membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.

Kesan dan Akibat Perokok Aktif dan Perokok Pasif.




1.  Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini.

Ia boleh menyebabkan pelbagai
penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.

Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan
merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru.

Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan
penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan
. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan
simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.