Thursday 16 May 2013

Kesan dan Akibat Perokok Aktif dan Perokok Pasif.




1.  Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling

Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.

Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini.

Ia boleh menyebabkan pelbagai
penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.

Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan
merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru.

Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan
penyakit emfisima.

Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai
penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.


Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan
. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.

Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan
simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.

Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut
merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.

No comments:

Post a Comment