Saturday 13 April 2013

Bernafas



Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.

Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.

Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.

No comments:

Post a Comment