Thursday, 30 May 2013
Cara-cara menghindari Tabiat buruk (Bad Habit)
Kita perlu sedar
bahawa beberapa tabiat buruk boleh memudaratkan proses
kehidupan manusia.
Antara tabiat buruk
yang dikenalpasti ialah merokok, mengambil dadah dan meminum minuman keras.
Cara-cara menghindari
tabiat buruk ialah dengan
1.
Jangan
terima tawaran dadah, minuman beralkohol atau rokok
2.
Lakukan aktiviti yang menyihatkan
3.
Menyertai
pelbagai kempen
Langkah-langkah mengatasi Penyalahgunaan DADAH
1.
Kempen
·
kempen harus
diadakan dari semasa ke semasa oleh pihak kerajaan dan swasta
2.
Gaya
hidup yang sihat
·
Mengelakkan
kita daripada melakukan perbuatan yang memudaratkan diri sendiri
·
berehat
daripada sebarang pekerjaan dapat mengurangkan tekanan dan menenangkan
tubuh badan
( elak pengambilan dadah)
·
melakukan
senaman ringan
·
sentiasa berfikiran
positif
·
menjaga
kebersihan dari segi mental dan fizikal melalui ajaran agama masing-masing
3.
Pendidikan
·
Skim Lencana
Antidadah
·
Ceramah dan
Pameran antidadah
·
Kaunseling
kelompok dan individu
·
Seminar
Pendidikan keibubapaan (Parenting education)
·
Program
Motivasi
4.
Media
massa
·
Menyalurkan
maklumat tentang kesengsaraan hidup yang dibelenggu oleh dadah dipaparkan di majalah
bagi memupuk kesedaran orang ramai.
·
Beri
sokongan kepada badan terlibat program pencegahan dadah(contoh: PEMADAM ,PENGASIH)
Kesan DADAH
Jauhkan diri daripada masyarakat umum dan bergaul hanya dengan kumpulan penagih dadah ,jenayah serta penipu.
~Hal ini berlaku kerana bagi penagih dadah ,orang lain tidak akan memahami mereka dan memandang serong terhadap mereka .
~oleh itu, penagih dadah akan mencari yang sama spesis dengan mereka untuk meluahkan perasaan mereka atau mencari keseronokan dari dadah tersebut .
Bersikap tidak bertanggungjawab kepada kerja atau persekolahannya.
~Penagih dadah akan kehilangan semangat untuk belajar dan mengabaikan kerja sekolah mereka.Hal ini berlaku kerana tindak balas daripada dadah yang menyebabkan mereka berada dalam dunia yang tidak wujud .
Penagih dadah akan menjadi kurus ,lemah tenaga dan kelihatan berada dalam khayalan .
~Dadah yang mengandungi kandungan yang bahaya akan menyebabkan penagih dadah menjadi lebih kurus hari demi hari .
~Golongan penagih juga akan berasa cepat letih terutamanya apabila ketagihan dadah. Bulatan hitam pada mata penagih akan lebih mendalam hari demi hari .
Berubah menjadi panas baran ,pengsan
~Dadah akan mengubah sikap
penagih dadah menjadi panas baran kerana kitaran darah dalam badan penagih
dadah menjadi lebih cepat .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah.
Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .
~Penagih dadah yang kekurangan wang untuk membeli dadah juga sanggup membuat perkara-perkara yang kejam untuk mendapatkan dadah.
Daya tahan badan penagih akan menjadi lemah ,dan mudah dijangkiti pelbagai penyakit
~Contoh : kancing gigi,mandul dan sebagainya .
Apakah itu DADAH?
Dadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan
seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah
laku pengguna apabila digunakan. Hal ini
akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada
dadah untuk meneruskan kehidupan mereka
Penyalahgunaan Dadah
Penyalahgunaan dadah melibatkan perlakuan
yang berulang-ulang atau penggunaan dadah secara berlebihan. Kebiasaanya penggunaan dadah secara berlebihan
ini akan mendatangkan perasaan gembira yang tidak terhingga dan ketagihan dadah
ini juga bertujuan melarikan diri daripada kenyataan. Penyalahgunaan dadah juga
akan menyebabkan kehidupan seharian setiap individu
terganggu.Penagih dadah lebih
cenderung menggunakan dadah secara berterusan walaupun berlaku dalam diri atau
masyarakat dan sering terlibat dengan masalah perundangan serta meletakkan diri
mereka dalam situasi yang berbahaya.
Wednesday, 29 May 2013
Tuesday, 28 May 2013
Kesan Pengambilan minuman alkohol atau minuman keras
Alkohol atau arak
bukan sahaja boleh memabukkan, tetapi juga mampu
memudaratkan kesihatan diri sekiranya diamalkan berterusan. Ia umpama
kombinasi dadah dan racun kepada badan kita. Malahan hampir
setiap agama di dunia ini turut melarang tabiat tersebut di kalangan para
penganutnya. Kesan ketagihan akibat meminum alkohol bukannya bergantung
kepada jenis alkohol tetapi jumlah yang diminum pada satu-satu masa. Antara
kesan dan akibat pengambilan alkohol ialah:
1.
jenayah dan
keruntuhan akhlak dan moral yang berlaku dalam masyarakat di antara lain
berpunca dari gejala arak.
2.
menjadikan
seseorang itu kurang daya koordinasi seperti tidak boleh berjalan dengan betul
dan tidak boleh membuka pintu.
3.
keracunan
alkohol, bahan lain dalam alkohol dan tindakbalas ketagih alkohol.
4.
sakit
kepala, loya, muntah, cirit birit, gangguan pergerakan usus dan menggeletar
selama 8 – 12 .
5.
sakit
jantung, hati atau penyakit dalam perut.
6.
sakit
jantung atau hati, radang paru-paru, kanser, keracunan alkohol yang teruk,
7.
kemalangan,
8.
pembunuhan
dan pembunuhan diri.
Sunday, 26 May 2013
Thursday, 16 May 2013
Faedah Berhenti Merokok
- Hidup lebih lama
- Dapat menghindari racun
- Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok
- Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak
- Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat
- Meningkatkan deria rasa dan bau
- Gigi lebih putih dan nafas lebih segar
- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk
membeli rokok
kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.
Kesan dan Akibat Perokok Aktif dan Perokok Pasif.
1. Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang Di sekeliling
Si perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok.
Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini.
Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah.
Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru.
Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima.
Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas.
Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan.
Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya.
Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing.
Tuesday, 14 May 2013
Subscribe to:
Posts (Atom)