Sunday, 28 April 2013

Selamatkan Paru-Paru Kita


                             Andai Paru-paru kita boleh berbuat demikian.....ish..ish...

Saturday, 13 April 2013

Human Respiration


Proses Respirasi Manusia

Bernafas



Bernafas (breathing) adalah proses dimana udara diambil masuk dan keluar dari tubuh manusia untuk membolehkan pertukaran gas berlaku di dalam paru-paru.

Bernafas melibatkan proses berganti menarik nafas (inhalation) dan menghembus nafas (exhalation) melalui tindakan diafragma dan otot intercostal.

Penyedutan membolehkan udara dari atmosfera akan disedut masuk ke dalam paru-paru, manakala penhembusan nafas membolehkan udara diusir keluar dari paru-paru ke atmosfera.

Proses menarik nafas dan menghembus nafas adalah disebabkan oleh tindakan diafragma dan otot intercostal.

Diafragma adalah lapisan otot di bawah paru-paru. Apabila dalam keadan rehat, ia berbentuk seperti kubah, yang melengkung ke atas.

Diafragma berfungsi untuk perubahan tekanan udara di dalam rongga toraks.
Otot intercostal adalah otot yang berada diantara tulang-tulang rusuk. Ianya terbahagi kepada dua lapisan, iaitu otot intercostal luar dan otot intercostal dalam.
Otot intercostal berfungsi untuk menggerakkan tulang rusuk.

Struktur Paru-paru Manusia


Paru-paru Manusia
Paru-paru (lung) adalah organ utama pernafasan (main respiratory organ) manusia. Manusia mempunyai sepasang paru-paru, iaitu paru-paru kiri dan kanan.

Paru-paru adalah lembut dan seperti span, dan terletak di dalam rongga toraks (thoracic cavity) yang dilindungi oleh tulang rusuk (ribs). Permukaan paru-paru dilitupi dengan cecair untuk mengurangkan geseran (friction) semasa proses pengembangan dan pengecutan. 

Terdapat cabang-cabang halus dalam paru-paru yang dikenali sebagai bronkiol. Bronkiol dicabang keluar dari bronkus. Terdapat banyak kantung udara di hujung bronkiol yang dikenali sebagai alveoli. Pertukaran gas berlaku di sini. Peranan sistem pernafasan manusia untuk menghasilkan tenaga melalui tiga mekanisme:
1)  bernafas untuk mendapatkan oksigen.
2)  mengangkut oksigen daripada darah ke sel-sel badan.
3)  respirasi sel untuk mengoksidakan makanan menggunakan oksigen dalam sel-sel badan.

Sistem Respirasi (Pernafasan) Manusia

Bahagian
Struktur
Fungsi
Rongga nasal
Rongga yang terdiri dari tisu lembap dan rerambut halus.
Melembapkan udara yang melaluinya serta memerangkap habuk pada udara.
Trakea
Dinding luaran terdiri dari gegelang tulang rawan, manakala dinding dalamannya terdiri dari dari sel-sel epithelium dengan silia dan sel-sel yang merembeskan mucus.
Gelang tulang rawan menghalang trakea daripada binasa. Silia dan mukus membantu untuk memerangkap habuk dan mikro organisma yang ada dalam udara.
Bronkus
Dua cabang dari trakea yang menuju ke paru-paru.
Udara terus ke paru-paru kiri dan kanan.
Paru-paru
Lembut, seperti span, serta kaya dengan saluran darah dan alveoli.
Tempat berlakunya pertukaran gas.
Tulang rusuk
Tulang-tulang yang berbentuk sangkar di dalam rongga toraks.
Melindungi paru-paru.
Diafragma
Otot berbentuk kubah ketika dalam keadaan rehat.
Memisahkan rongga torak daripada rongga abdomen.
Otot intercostal
Tisu otot di antara dua tulang rusuk. Ia juga dikenali sebagai otot rangka.
Menggerakan tulang rusuk.

Sunday, 7 April 2013


Haiwan yang paling BERANI di dunia! Kecil-kecil Cili Padi.